Menu
Bahasa_Austro-Asia Hubungan dengan rumpun bahasa lainAda beberapa pakar[nyatakan menurut siapa?] yang menggolongkan rumpun bahasa Austro-Asia dengan rumpun bahasa Austronesia dan menamakannya rumpun bahasa besar atau superfamili Austrik. Mereka berpendapat bahawa semua bahasa di China bahagian selatan sebenarnya berhubungan iaitu rumpun bahasa Austro-Asia, bahasa Austronesia, bahasa Tai-Kadai dan bahasa Hmong-Mien (juga disebut Miao-Yao). Secara skematik, rumpun bahasa Austrik secara kesimpulannya adalah seperti berikut:
Para penutur keempat-empat rumpun bahasa yang diagak berhubungan ini menetap di daerah yang sekarang termasuk Republik Rakyat China bahagian selatan sehingga lebih kurang pada tahun 2000 SM – 1000 SM. Ketika itu, bangsa Cina, yang merupakan penutur bahasa Sino-Tibet, dari RRC utara menyerbu ke selatan dan para penutur bahasa Austrik tercerai-berai. Hal ini yang dijangkakan sebagai alasan mengapa kaum Tai-Kadai berpindah ke selatan dan para penutur bahasa Austro-Asia tercerai-berai.
Tambahan pula, ahli linguistik mempunyai hujah lain iaitu kewujudan perkataan dasar yang mirip yang mana bahasa Austronesia menyimpan kedua-dua suku kata sedangkan bahasa Austro-Asia menyimpan suku kata pertama dan bahasa Tai-Kadai menyimpan suku kata kedua.
Contoh:Proto-Austronesia / Proto-Mon-Kmer (Austro-Asia) / Proto Thai (Tai-Kadai)
Menu
Bahasa_Austro-Asia Hubungan dengan rumpun bahasa lainBerkaitan
Bahas Bahasa Melayu Bahasa Arab Bahasa Inggeris Bahasa Sanskrit Bahasa Thai Bahasa Ibrani Bahasa-bahasa Austronesia Bahasa Cina Bahasa AramiaRujukan
WikiPedia: Bahasa_Austro-Asia